BLOG Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan

Coffee Bean

Kuiz

Sosiologi Sukan

Motivasi & Kebimbangan

Sistem Tuas & Hukum Newton

We Are The Champions

Thursday, September 3, 2009

Asas Sains Dalam PJPK / Sukan - Sistem Rangka


TAJUK : ASPEK ANATOMI DALAM PERGERAKAN MANUSIA
- sistem rangka
- sistem sendi
- otot dan fungsinya dalam biomekanik


SISTEM RANGKA
•TULANG
•RAWAN
•LIGAMEN
•TENDON


PENGENALAN TULANG
- 206 Tulang dalam tubuh orang dewasa
- Jumlah berat sistem rangka seorang dewasa merupakan 14 % daripada jumlah berat badannya
- Meliputi tulang tengkorak, tulang badan, tulang anggota
- Bahan Asas : Protein & Mineral ( Kalsium & Posforus )
- Komponen : 50 % Air & 50 % Bahan Pejal
( Organan 2/3 , Bukan Organan 1/3 )

KANDUNGAN TULANG

- Bahan Organik : Sel-sel tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein, glikosaminoglikin
- Bahan Bukan Organik : garam mineral seperti kalsium karbonat dan kalsium fostat.

- Kalsium dan fosfurus adalah bahan-bahan mineral yang membentuk struktur badan manusia.
- Gabungan kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap.
- Setiap tulang merupakan organ kepada sistem rangka.
- Pembentukan tulang adalah dari tisu-tisu yang kuat dan aktif
- Terbentuk dan bertindakbalas mengikut fungsi.
- Saiz & bentuk yang membezakan antara tulang


RAWAN

- Pejal tetapi elastik.
Cth. : cuping telinga, hujung hidung, hujung tulang

- Peranan :- Rangka penyokong dalam peringkat embrio- menyerap hentakan


LIGAMEN

- Merupakan tisu bergentian yang berwarna putih atau kuning pucat
- Tisu ini adalah liat dan kuat
- Ligamen menghubungkan tulang-tulang yang bersendi
- Ia merupakan tisu yang menghubung satu tulang dengan tulang yang lain


TENDON

- Merupakan tisu bergentian yang berwarna putih
- Ia adalah jalur tisu yang kuat
- Tendon melekatkan otot pada tulang
- Tendon bersifat tidak kenyal tetapi tidak boleh melentur
Cth. : melekatkan bisep pada tulang radius melekatkan otot tisep pada tulang ulna

JENIS-JENIS TULANG

Tulang panjang (Long Bone)
Tulang pendek (Short Bone)
Tulang leper ( Flat Bone)
Tulang tidak tentu bentuk ( Irregular Bone)
Tulang bulat (Round Bone)


Tulang Panjang (Long Bone)
Berbentuk panjang dan lurus
Kedua-dua hujung membengkak (epiphysis) .
Contoh : humerus, femurus, radius, ulna dan tibula.

Tulang Pendek (Short Bone)
Berbentuk kiub dengan panjang dan lebar hampir sama.
Contoh : tarsals carpals, meta tarsal phalanges.


Tulang Leper (Flat bone)
Mempunyai permukaan yang lebar
Contoh : scull, scapula, sternum, pelvis.

Tulang tidak tentu bentuk (Irregular Bone)
- Mempunyai berbagai bentuk.
- Bercantum dengan tulang-tulang yang lain
Contoh Veterbrae

Tulang bulat (Round Bone)
- Bersaiz kecil Contoh : patella


FUNGSI TULANG

- Penyokong
- Pergerakan
- Perlindungan
- Penghasilan Darah Merah Tempat Menyimpan Sumber Mine


Penyokong

ØMembentuk sistem rangka tubuh
ØMemberi perlekatan kepada otot dan ligamen
ØMenyokong tisu-tisu lembut

Pergerakan

ØPelekatan otot untuk membantu proses pergerakan dan proses kontrasi bagi menghasilkan pergerakan
ØContoh : memegang, melentur, menarik, dan menolak.

Perlindungan

ØMelindungi organ-organ penting daripada mengalami kecederaan.
Contoh : skull atau cranium – melindungi otak.
ribs – melindungi jantung dan paru-paru.



Penghasilan Sel Darah Merah

ØSel-sel darah merah serta sebahagian sel darah putih dihasilkan melalui proses Hemopoiesis atau Hemotopaisis
Tempat Menyimpan Sumber Mineral
ØMenyimpan fosforus, sodium, kalsium, potessium dan mineral lain bagi menghasilkan ostoblas (sel pembina tulang)
Contoh : skull atau cranium – melindungi otak.

RANGKA

- Gabungan tulang dan sendi yang dicantum oleh ligamen berfungsi untuk membentuk sebagai satu bingkai pelindung atau penyokong.

SISTEM RANGKA

Terbahagi kepada 2 bahagian
Ø Rangka paksi (Axial skeleton) – 80
Ø Rangka anggota (Appendicular skeleton ) - 126


BAHAGIAN UTAMA SISTEM RANGKA

Tulang Anggota Atas
- Kranium – 8
- Face (Bahagian muka) – 14

Tulang Anggota Tengah
- Vertebra (tulang belakang)
- Tulang rusuk (Rib)
- Tulang bahu
- Tulang pangkal lengan (Humerus)
- Tulang lengan bawah
- Pergelangan tangan (karpus) tapak tangan, jari, pelvis.

Tulang Anggota bawah
- Paha (Femur)
- Tempurung Lutut (patella)
- Keting (Tibia)
- Betis (Fibula)
- Pergelangan kaki (Tarsus)
- Tapak kaki (Metatarsus)
- Jari kaki (Falang)
- ribs – melindungi jantung dan paru-paru.

Wednesday, August 26, 2009

KEGANASAN / KEAGRESIFAN DALAM SUKAN


žKEGANASAN/KEAGRESIFAN



  1. Fenomena tingkah laku

  2. Sentiasa berlaku dalam sukan

  3. Tindakan – akibatkan – kecederaan kerosakan

  4. Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut.

  5. Wann (1997): keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan secara fizikal, verbal atau psikologikal orang lain yang juga cuba mengelakkan diri sendiri daripada dicederakan


6. Melibatkan


6.1 Atlet


6.2 Pegawai


6.3 Jurulatih


6.4 Penonton


7. Jenis-jenis keganasan/keagresifan


7.1 Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja bermatlamat untuk menyakitkan secara fizikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa


7.2Keagresifan instrumental: tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk mencapai matlamat kemenangan atau ganjaran


7.3 Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan


PUNCA-PUNCA KEGANASAN


1. Psikologi


PROVOKASI


Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan


TEKANAN EMOSI – (STRESS)


Prestasi di bawah jangkaan
Jangkaan menang – kalah
Provokasi pihak lawan & penonton


JANGKAAN PERLAKUAN KASAR


* Atlet jangka akan dikasari – bertindak agresif


KURANG PENGETAHUAN


*Sukan Kontak – pijak pemain yang jatuh
* Penonton tidak tahu undang - undang


2. Persekitaran


LOKASI PERTANDINGAN


*Sokongan Padu – penyokongt tuan rumah
*Pelawat – tindakan balas


CUACA


* Cuaca Panas - bertindak agresif


* Hujan – padang licin


KEPUTUSAN PERTANDINGAN


* Kalah – tertekan – bertindak agresif


ASPEK KESELAMATAN


* Tahap keselamatan – longgar
* Penempatan Penonton - penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat
* Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll


3. Biologi


HORMON ADRENALIN


*Hormon – meransang
*Meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising


KEBANGKITAN FISIOLOGI


* Naik semangat


* Respon Unik


* Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat


KESAN STEROID


* Steroid – kesan sampingan – mood sukar dikawal


Thursday, August 6, 2009

ISU SEMASA PJ DAN SUKAN

ISU SEMASA PJ DAN SUKAN

  • ETIKA DALAM SUKAN
  • KEGANASAN DALAM SUKAN
  • UBAT & DADAH DALAM SUKAN
  • SOSIO-BUDAYA
  • PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH

    ETIKA DALAM SUKAN
    NILAI & MORAL
    PRINSIP AMALAN HARIAN
    UNDANG-UNDANG / PERATURAN
    PERANAN PESERTA
    PERANAN PENONTONRASUAH DALAM SUKAN

    RASUAH DALAM SUKAN
    ATLIT
    PEGAWAI
    JURULATIH

    BAGAIMANA RASUAH BERLAKU
    PERTARUHAN
    BOOKIE
    ATUR PERLAWANAN
    PENDAPATAN LUMAYAN


    KESAN RASUAH
    MORAL PASUKAN JATUH
    PEMAIN ADA ETIKA KECEWA
    KEWIBAWAAN PEMAIN HILANG
    MASYARAKAT TAK HORMAT
    MARUAH PASUKAN DAN NEGARA BERKECAI


    KEGANASAN DALAM SUKAN
    PENYEBAB
  • WARISAN/SEMULAJADI
  • PENGALAMAN HIDUP
  • PENGARUH LAIN
  • PENGUKUHAN IBU BAPA
  • NILAI BUDAYA
  • SOSIO-BUDAYA
  • SEKOLAH
  • MASYARAKAT

    JENIS KEGANASAN
  • KETARA
  • INSTRUMENTAL
  • ASERTIF


    UBAT DALAM SUKAN
  • PENDOPIAN
  • PERANGSANG
  • STEROID ANABOLIK
  • BETA PENGHALANG (BETA BLOCKER)
  • DIURETIK
  • HORMON PERTUMBUHAN MANUSIA

    PENDIDIKAN KESIHATAN SEKOLAH
  • PROGRAM SUSU SEKOLAH

Wednesday, August 5, 2009

Era Selepas Merdeka

4) ERA SELEPAS MERDEKA

- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di Cheras.
- Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
- Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
- Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.
- 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
- PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
- 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk tarian moden, tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).
- 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
- Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.

Era Kolonial - Pemerintahan British Sebelum Merdeka

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

- Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
- Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah.
- Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
- Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.
- Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
- Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.
- Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
- 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
- Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas.
- Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.
- 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

Era Penjajahan - Era Penjajahan Jepun

a) Era Penjajahan Jepun

- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
- Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
- Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
- Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
- Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
- Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

Era Penjajahan - Era Kolonial Inggeris Lama

2) ERA PENJAJAHAN


a) Era Kolonial Inggeris Lama)
- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
- Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
- Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
- Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah.
- 1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
- 1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
- 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.
- 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
- Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
- Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
- 1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.